MEMO

Perhatian SEMUA.. "Para Aspuri dibenarkan untuk datang ke asrama bagi mengambil barang @ baju untuk dicuci sebelum kolej bermula, namun perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Asrama: *Tidak boleh datang beramai2 *Hanya urusan pengambilan barang sahaja *Perlu maklumkan pada warden terlebih dahulu"

Pengurusan Asrama Sepanjang PKP

Pengurusan Asrama Sepanjang PKP

SOP Pengurusan Asrama


Pentadbir bertanggungjawab memastikan:

6.6.1. pengangkutan bas disediakan oleh KPM untuk murid yang berada di luar kawasan untuk kembali ke asrama bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Seni Malaysia (SSeM), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) kecuali ibu bapa/penjaga yang hendak menghantar anak mereka sendiri;

6.6.2. murid yang sihat sahaja yang dibenarkan kembali ke asrama. Sekiranya mereka tidak sihat, mereka hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan disahkan sihat sebelum bersedia untuk balik ke asrama;

6.6.3. murid yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM digalakkan tinggal di asrama sekiranya kemudahan asrama mencukupi;

6.6.4. saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran masuk ke asrama. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala perlu diasingkan di bilik kesihatan/sakit, diberikan pelitup muka untuk dipakai dan dihantar ke klinik kesihatan 18 untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;

6.6.5. persediaan pihak sekolah sebelum murid masuk ke asrama: a. katil murid dijarakkan satu (1) meter antara satu sama lain. Bahagian bawah katil dua tingkat (double-decker) sahaja digunakan; b. tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk murid beratur bagi semua bilik khas yang bersesuaian (tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik gosok dan pantri); c. jadual penggiliran waktu makan disediakan di dewan makan sekiranya perlu; d. tempat beratur dan kedudukan tempat makan dewan makan diletakkan penandaan bagi penjarakan sosial (contoh: jarak satu (1) meter untuk beratur semasa mengambil makanan dan menghantar dulang makan di dewan makan asrama) dan tanda tempat duduk dengan penjarakan sosial semasa waktu makan; e. susunan tempat duduk kelas persediaan (prep) ditandakan dengan jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter; dan f. alat pengimbas suhu badan perlu disediakan di asrama.

6.6.6. makluman dan peringatan berkaitan penjarakan sosial dalam kalangan murid perlu dilaksanakan sebelum murid pulang dari sekolah dan ketika murid berada di asrama;

6.6.7. perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan murid di asrama tidak dibenarkan. Warden perlu memantau keberadaan murid di asrama;

6.6.8. semasa di asrama, murid yang tidak sihat perlu diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;

6.6.9. murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden sekiranya diri sendiri atau rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas;

6.6.10. solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan menggunakan sejadah sendiri untuk solat;

6.6.11. pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di asrama sekiranya terdapat urusan kecemasan. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua Warden sahaja;

6.6.12. pemantauan secara berkala perlu diadakan bagi memastikan murid sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan berada dalam keadaan sihat;

6.6.13. aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak dibenarkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut; dan

6.6.14. jadual bertugas kepada semua guru secara penggiliran disediakan bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.



Sesi Pengambilan Barang Di Asrama

Sesi Pengambilan Barang Di Asrama


Jun 10, 2020

Kebenaran Merentas Negeri Sepenuhnya

Posted by Nila on 11:23 PM | No comments


    Tahun 2020 merupakan satu tahun yang dinantikan sebelum ini kerana segala puncak teknologi akan dicapai pada tahun ini. Tetapi kita manusia hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang Menentukan. Siapa sangka satu wabak yang digeruni melanda negara kita seawal tahun 2020. Sehingga kini pun masih tiada vaksin yang dapat dihasilkan untuk menyembuhkan pesakit wabak COvid-19.
Makanya perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga kini. Sehinggakan semua rakyat Malaysia menyambut Ramadhan tanpa bazar ramadhan.

Alhamdulillah setakat ini wabak makin menunjukkan penurunan. Maka PKPB dijalankan. Mulai hari ini juga, semua rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri. Maka bersorak gembira bagi warga Malaysia yang ingin pulang ke kampung menziarahi ibubapa mahupun kerabat.

Apabila Syawal menjelma, 1 Syawal diberi kelonggaran untuk menziarahi keluarga terdekat. Namun perlu mengekalkan jarak sesama kita.

Bagi yang berjauhan dengan family, pastinya saat ini amat dinantikan kerana dapat berjumpa kaum keluarga. Sehinggakan ada yang merasakan hari ini adalah 1 Syawal.

Sama-sama la kita berdoa agar virus Covid-19 menghilang dari bumi Allah ini. Aminnn..

0 comments:

Post a Comment